
Pada zaman dahulu terdapat seorang janda yang tinggal di Dusun Tanjung. Janda itu mempunyai seorang anak lelaki bernama si Upih.Si Upih sangatlah rajin bekerja menolong ibunya.Pada suatu hari,muncul seekor ayam hutan jantan.Ayam itu lalu ditangkap untuk dipelihara.Ayam jantan bersama-sama Si Upih hingga beberapa tahun lamanya.Si Upih pun berkahwin dengan gadis pilihan ibunya.Ayah gadis itu tidak suka pada Si Upih lalu menyuruh anaknya menikam Si Upih.Ayam itu tahu tentang hal ini.Ayam jantan itu menyelamatkannya lalu menyuruh Si Upih mencari jodoh baru.Setelah Si Upih mengahwini jodoh barunya, ayah mentuanya hendak menguji kehandalan Si Upih.Bapa mentuanya meletakkan racun ke dalam makanan Si Upih.Perkara ini juga didapati tahu oleh ayam jantan.Dia pun memberi tahu Si Upih tenatng perkara ini.Orang lain yang memakan mula berasa mabuk.Ayam jantan itu telah menyelamatkannya lagi.Selepas kejadian ini,bapa mertuanya tahu anak perempuannya akan bahagia tinggal dengan Si Upih oleh kerana kebijaksanaan nya.Selepas itu,Mereka hidup bahagia.